Tuesday, 7 October 2014

SEJARAH DAN POLITIK

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

 Raja Berperlembagaan

Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang kedaulatan sesebuah negeri sejak dari era Kesultanan Melaka. Semasa prakolonial, sistem ‘ monarki mutlak ’ telah digunakan raja-raja Melayu untuk memerintah. Bersesuaian dengan peredaran zaman dan pembangunan poltik dunia, institusi beraja masih dikekalkan di negara ini namun dengan sistem Raja Berperlembagaan. Sistem ini bermula apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 secara rasmi.

 Maksud Raja Berperlembagaan

Raja Berperlembagaan adalah satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri. Juster, apabila menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan.
Sembilan buah negeri Melayu yang beraja:

1.       Perlis
2.       Kedah
3.       Kelantan
4.       Terengganu
5.       Perak
6.       Selangor
7.       Pahang
8.       Negeri Sembilan
9.       Johor


 Yang di-Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.







MAJLIS RAJA-RAJA 

Secara formalnya Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 1946 dan 1948. Singapura yang juga sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony). Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military).
·         Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara berlainan

                                I.            Negeri Melayu yang tidak bergabung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan      Johor.

                              II.            Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang,       Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 1896 dan 1941.

                            III.              Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.


·         Durbar dianjurkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar (precursor) , iaitu pelopor kepada Majlis Raja-Raja sekarang.


Fungsi Majlis Raja-Raja

·         Penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Klima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

                              I.            Memilih Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi                 Persekutuan

                             II.            Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau           upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.

                           III.            Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan
.
                            IV.            Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.

                             V.            Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman.

·         Majlis ini juga boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa jua perkara lain yang patut difikirkannya.
·         Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.


Budi Bicara Majlis Raja-Raja

  •     Memilih atau memecat Yang Di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang     Di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
  •    Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
  •     Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja.
  •     Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan.
  •   Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas.
  •   Pemberi ampun, replief, dan despite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman.



Mesyuarat Majlis Raja-Raja

  • ·         Semua raja-raja dan para Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Mesti menghantar wakil jika tidak dapat hadir

  • ·         Para Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.


  • ·         Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Definisi Perlembagaan

  • Perlembagaan merupakan prinsip – prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasakan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang – undang , adat atau peraturan yang lazim dipakai.
  • Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan – keputusan awam dicapai dan kuasa diagih – agihkan antara institusi kerajaan , sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had – had kewibawaan kerajaan dan cara – cara pemilihan sert pelantikan pemerintahan.
  • Perlembagaan merupakan sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu , perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang – undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jamian dan perlindungan kepada rakyat.

Peranan Perlembagaan

1.        Mewujudkan pemerintahan yang adil

Ø  Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlhatkan peranannya untuk mewujudkan pemerintahan yang adil. Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu , agama Islam dan lain – lain lagi. Sebagai contoh ,  walaupun perlembagaan memperuntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan / rasmi negara ( dalam Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia

2.       Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.

Ø  Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada pemerintah , tetapi juga kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung  akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh semua pihak. Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan , terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA seta sultan/raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu , tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan

3.       Alat Penyelesaian Masalah

Ø  Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang – undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang – undang Persekutuan dan Negeri . Bahkan , sebarang masalah dalam pembutan undang – undang atau rujukan apa – apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan .

4.       Mengekalkan riwayat negara bangsa.

Ø  Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan , sistem pentadbiran dan perjalanan undang – undang negara dapat dilaksanakan.




5.       Menjaga kestabilan negara

Ø  Sesungguhnya perlembagaan telah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan – sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap wargenagara Malaysia walaupunn mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu . namun ,  kebebbasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara – perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka
( Bahagian 2, Perkara 10 )

.
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Peruntukan :

  • 1.       Parlimen : memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak yang lain. Dalam hal ini , perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaannegeri boleh lakukan.
  • 2.       Perlembagaan : menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang – undang mengenainya. Contoh , undang – undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan ,  pelajaran , hal ehwal luar negara dan sebagainya. Palimen hanya tertinggi dalam perkara – perkara persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang – undang di luar perkara persekutuan , undang – undang tersebuat adalah tidak sah. Undang – undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandaianya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.
  • 3.       Kedudukan YDPA : baginda sebagai Ketua Negara , lambang taat setia rakyat, lambang negara , Ketua Parlimen , Ketua Pemerintahan dan sebagainya. Tetapi , baginda tertakluk kepada halangan – halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
  • 4.       Kuasa Perundangan : Dijalankan oleh berbagai – bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan – sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.


Kebebasan asasi : merupakan element penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokkrasi berparlimen.

KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

KONSEP – KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK
  •   Prejudis : pandangan negaif terhadap kelopok etnik yang lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka. Sebagai contoh , situasi kini yang memperlihatkan Barat menganggap Islam sebagai agama terrorisme dan seseorang yang mendapat CGPA rendah akan menyebabkan seseorang itu sukar mendapat pekerjaan
  •  .Stereotaip : kenyataan umum yang negative terhadap kumpulan etnik tertentu atau juga satu gambaran berlebihan – lebihan menggenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik seperti anggapan bahawa semua orang Melayu pemalas . Anggapan orang Melayu pemalas ini ialah gelaran yang diberikan oleh orang British semasa menjajah Tanah Melayu.
  •  Diskriminasi : perbuatan membeza – bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri – ciri etnik.
  •  Etnosentrik : perasaan kekitaan dalam kalangan kepompok tertentu. Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.
  • Etnosentrisme : perasaaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebih baik daripada etnik yang lain
  • Ras : kelompok social yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri – ciri fizikal atau biological seperti warna kulit , rambut dan mata.
  • Rasisme : pandangan sesuatu kelompok social terhadap kelompok social yang lain berasaskan ciri – ciri fizikal.
  • Bangsa : satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah , tradisi dan budaya,  Bahasa serta kadang kala agama. Dalam konteks negara Malaysia merujuk bangsa Melayu, Cina dan India dan kaum yang lain seperti Sikh , Iban , Bajau dan sebagainya. Kumpulan ini mempunyai identity kebangsaan. Ada juga yang membezakan bangsa dengan etnik, ras dan etnik, bangsa dan warganegara berdassarkan identity umum serta kesetiaan.



TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI .
SEGREGASI

 Ø  Pada peringkat awal , ia memperlihatkan tahap hubungan antara kaum tau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihar melalui tempat tinggal , sistem pendidikan pekerjaan dan pergaulan . keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan British di Tanah Melayu dahulu

 Ø  Orang Melayu , Cina dan India hidup terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani , maka tempat tinggal mereka adalah di kampong – kampong , pedalaman dan pesisir pantai.

AKODOMODASI
 Ø  Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik – etnik lain tetapi mereka tetap pertahankan budaya dan nilai hidup masing – masing
.
 Ø  Dalam konteks negara Malaysia , masyarakat Melayu , Cina,  India, Sink dan lain – lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing – masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah A + B + C = A + B + C

AKULTURASI
 Ø  Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalaam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain . walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur – unsur budaya etnik yang menerimanya. Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan pakaian dan sebagainya.


 Ø  Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya ( Budaya pemberian ang pau ialah budaya orang Cina ) . Begitu juga budaya pemakaian tali leher ialah budaya orang Barat.

PEMBANGUNAN NEGARA

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaaan , menetapkan sasaran perkembangan  makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sector awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sector swasta.

a    a)      Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

Matlamat / Objektif

1.       Memajukan sektor luar bandar bagi menambakan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
2.       Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu ( khususnya timah dan getah ).

 Pelaksanaan / kejayaan
penubuhan 2 agensi kerajaan :

1.       Rural industrial Development Authority ( RIDA ) pada tahun 1953

2.       Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA )
Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

b  b)      Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965 )

Matlamat / Objektif

1.       Memperbaiki kemudahan asas dan insfastruktur luar bandar.

2.       Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.

3.       Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan.

4.       Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.

Pelaksanaan / kejayaan

1.       Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.

2.       Peruntukan pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama

3.       Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara

4.       Hasilnya , purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) meningkat kepada 6.4 % setahun.


c   c)       Rancangan Malaysia Pertama ( 1966 – 1970 )

Objektif/ Matlamat

1.       Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia
( Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak )

2.       Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi

Pelaksanaan / Kejayaan
Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan :

1.       MAJLIS AMANAH RAKYAT ( MARA ) 1966

2.       BANK BUMIPUTRA 1966

3.       Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ( MIDA ) 1967

4.       Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS ) 1969

 d)      Rancangan Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 )

Objektif / Matlamat

1.       Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969
.
Pelaksanaan / Kejayaan

1.       Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan meyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

2.       Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30 % dalam tahun 1990.

3.       Penubuhan Petroleum Nasional Berhad ( PETRONAS ) 1974.

e  e)      Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976 – 1980 )  

Objektif / Matlamat

1.       Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar – bandar baharu.

2.       Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.

Pelaksanaan / Kejayaan

1.       Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA , KETENGAH , DARA pada tahun 1980.

2.       Badan – badan berkanun seperti MARA , FELDA , PERNAS , UDA dan RISDA meneruskan usaha – usaha pembangunan.



f  f)       Rancangan Malaysia Keempat ( 1981 – 1985 )

Objektif / Matlamat

Ø  Dilancarkan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia.

1.       Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar .

2.       Sektor baharu diperkenalkan , iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.

Pelaksanaan / Kejayaan

1.       Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HICOM )

2.       Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang  , Skudai  , Bintulu  , Menggatal dan Likas.

3.       Membukan kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.

4.       Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri
( PIP )

Antara Rancangan Malaysia yang lain :

g                    g)      Rancangan Malaysia Kelima ( 1986 – 1990 )
h                    h)      Rancangan Malaysia Keenam ( 1991 - 1995 )
i                      i)        Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996 – 2001 )
j                      j)        Rancangan Malaysia Kelapan ( 2002  - 2006 )
k                    k)      Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2007 – 2011 )
                       l)        Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 - sekarang )

ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR 

     Seluruh dunia kini telah memasuki era moden dan pembangunan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Justeru itu, pembangunan adalah satu kemestian . Rentetan daripada penumpuan kepada sektor pembangunan, maka alam sekitar terpaksa dikorbankan. Demi pembangunan alam sekitar tetap menjadi mangsa kerakusan manusia. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini, pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.

Alam Sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Dalam sejarah manusia, pada peringkat awal alam ini masih lagi dalam keadaan seimbang dan keadaan semula jadinya masih lagi terpelihara. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan zaman di mana berkembangnya teknologi, perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang telah memberikan kesan kepada alam sekitar.

Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua  negara dunia pada hari ini. Walau bagaimanapun , sehingga kini, pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.

Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besardan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami, kemaurau, banjir besar gempa bumi, tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, dan sebagainya. Bencana alam ini telah berlaku di seluruh dunia.secara umumnya, kita dapat melihat bahawa lebih 40% daripada muka bumi ini yang diliputi oleh hutan telah dimusnahkan atau musnah oleh kegiatan manusia. Ada muka bumi yang terus tandus disebabkan oleh pemanasan global, ataupun paras air laut yang semakin meningkat ekoran berlakunya pencairan ais yang tidak terkawal.

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar.

       Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia tetapi juga kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ini penkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara  alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya. Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaan demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar. 

        Negara kita sentiase berwaspada mengenai kesan aktiviti manusia terhadap kualiti alam sekitar yang mudah tercemar akibat pembangunan yang pesat, seperti kemerosotan kualiti udara,kualiti air sungai akibat pelepasan asap beracun, sisa pepejal, bahan dan sisa toksik yang berbahaya dan tumpahan minyak. Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran dan kualiti alam merosot . Tiga punca utama pencemaran udara iaitu kenderaan , stesen jana kuasa/ pembakaran bahan api kilang dan domestik. Stesen kaji cuaca merekodkan pencemaran yang disebabkan oleh punca-punca berkenaan semakin meningkat dan boleh menyebabkan alam sekitar berjerubu.

Prinsip pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar.

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan semua pihak malaysia menangani pelbagai masalah persekitaran. Dalam konteks ini, kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti berikut, iaitu :

1.        Penjagaan terhadap alam sekitar.

2.        Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar.

3.        Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.

4.        Menitikberatkan persepaduan pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.

5.        Iltizam dan akuantabiliti terhadap kualiti alam sekitar.

6.        Menentukan kesesuaian dan keberkesanan menggunakan sumber-sumber asli. Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.

PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

MEMAHAMI PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA
Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalam akidah.Secara khususnya Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
     Islam bermaksud tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT serta mentaati-Nya:Sesungguhnya bukti ketundukan kepada Allah SWT ialah redha menerima agamanya dan diikuti pula dengan penuh kesedaran.
   Islam adalah peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia serta menjadi dasar akhlak yang mulia dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT.
    Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada RasulNya saw,yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk akidah,akhlak,muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
     Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan akidah,amalan dan hokum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan
    Islam dengan makna menyrah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati .Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.
     Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki masyarakat dan jalan yanag sebenar yang tidak mungkin sesaat kepada sesiapa yang melaluinya.
     Sejarah adalah anggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke -10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama menerima Islam.Oleh itu,Sultan Muzaffar Shah I(abad ke 12)dari Kedah memeluk Islam awal dan raja Melayu pertama yang diketahui. Bagaimanapun,pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah ,sebelum itu dikenali sebagai Parameswara menjadi peristiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah Melayu.Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.
    Muslim Malaysia adalah primernya Melayu, walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim, Paskitan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.Sebilang Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim separa mengamal.Bilangan Melayu juga yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius dengan bertambahnya popularity kewandan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung.
     Islam adalah pusat dan mendominasi dalan kebudayaan Melayu.Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia menpunyai asal-usul daripada Bahasa Arab,bahasa pilihan  agama Islam.Terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Portugis,Bahasa Cina,Bahasa Inggerisdan Bahasa Perancis.Islam sudah begitu sebahagian daripada identity Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dengan budaya Melayu.Di dalam konteks harian,perkataan muslim dan Melayu sering ditukar ganti.Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitr) merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia.
     Mazhad Shafi’I yang merupakan salah satu cabang kepada Sunni,merupakan mazhad yang utama di Malaysia.Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempatdi seluruh Negara dan suara azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari.Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada setiap hari jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat secara Jemaah di masjid-masjid.Disesetengah negeri seperti Kelantan,Terengganu,Johor dan Kedah, mereka memilih hari jumaat dan sabtu dan bukan sabtu dan ahad sebagai cuti umum.

     Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,orang Melayu semestinya beragama islam, tidak kira apa warisan entiknya; jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang –undang.