Tuesday, 7 October 2014

SEJARAH DAN POLITIK

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

 Raja Berperlembagaan

Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang kedaulatan sesebuah negeri sejak dari era Kesultanan Melaka. Semasa prakolonial, sistem ‘ monarki mutlak ’ telah digunakan raja-raja Melayu untuk memerintah. Bersesuaian dengan peredaran zaman dan pembangunan poltik dunia, institusi beraja masih dikekalkan di negara ini namun dengan sistem Raja Berperlembagaan. Sistem ini bermula apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 secara rasmi.

 Maksud Raja Berperlembagaan

Raja Berperlembagaan adalah satu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri. Juster, apabila menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan.
Sembilan buah negeri Melayu yang beraja:

1.       Perlis
2.       Kedah
3.       Kelantan
4.       Terengganu
5.       Perak
6.       Selangor
7.       Pahang
8.       Negeri Sembilan
9.       Johor


 Yang di-Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini adalah mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.







MAJLIS RAJA-RAJA 

Secara formalnya Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 1946 dan 1948. Singapura yang juga sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony). Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military).
·         Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara berlainan

                                I.            Negeri Melayu yang tidak bergabung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan      Johor.

                              II.            Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang,       Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 1896 dan 1941.

                            III.              Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.


·         Durbar dianjurkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar (precursor) , iaitu pelopor kepada Majlis Raja-Raja sekarang.


Fungsi Majlis Raja-Raja

·         Penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Klima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

                              I.            Memilih Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi                 Persekutuan

                             II.            Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau           upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.

                           III.            Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan
.
                            IV.            Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.

                             V.            Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman.

·         Majlis ini juga boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa jua perkara lain yang patut difikirkannya.
·         Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.


Budi Bicara Majlis Raja-Raja

  •     Memilih atau memecat Yang Di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang     Di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
  •    Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
  •     Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja.
  •     Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan.
  •   Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas.
  •   Pemberi ampun, replief, dan despite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman.



Mesyuarat Majlis Raja-Raja

  • ·         Semua raja-raja dan para Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Mesti menghantar wakil jika tidak dapat hadir

  • ·         Para Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.


  • ·         Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.

No comments:

Post a Comment