Tuesday, 7 October 2014

KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

KONSEP – KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK
  •   Prejudis : pandangan negaif terhadap kelopok etnik yang lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka. Sebagai contoh , situasi kini yang memperlihatkan Barat menganggap Islam sebagai agama terrorisme dan seseorang yang mendapat CGPA rendah akan menyebabkan seseorang itu sukar mendapat pekerjaan
  •  .Stereotaip : kenyataan umum yang negative terhadap kumpulan etnik tertentu atau juga satu gambaran berlebihan – lebihan menggenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik seperti anggapan bahawa semua orang Melayu pemalas . Anggapan orang Melayu pemalas ini ialah gelaran yang diberikan oleh orang British semasa menjajah Tanah Melayu.
  •  Diskriminasi : perbuatan membeza – bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri – ciri etnik.
  •  Etnosentrik : perasaan kekitaan dalam kalangan kepompok tertentu. Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.
  • Etnosentrisme : perasaaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebih baik daripada etnik yang lain
  • Ras : kelompok social yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri – ciri fizikal atau biological seperti warna kulit , rambut dan mata.
  • Rasisme : pandangan sesuatu kelompok social terhadap kelompok social yang lain berasaskan ciri – ciri fizikal.
  • Bangsa : satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah , tradisi dan budaya,  Bahasa serta kadang kala agama. Dalam konteks negara Malaysia merujuk bangsa Melayu, Cina dan India dan kaum yang lain seperti Sikh , Iban , Bajau dan sebagainya. Kumpulan ini mempunyai identity kebangsaan. Ada juga yang membezakan bangsa dengan etnik, ras dan etnik, bangsa dan warganegara berdassarkan identity umum serta kesetiaan.



TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI .
SEGREGASI

 Ø  Pada peringkat awal , ia memperlihatkan tahap hubungan antara kaum tau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihar melalui tempat tinggal , sistem pendidikan pekerjaan dan pergaulan . keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan British di Tanah Melayu dahulu

 Ø  Orang Melayu , Cina dan India hidup terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani , maka tempat tinggal mereka adalah di kampong – kampong , pedalaman dan pesisir pantai.

AKODOMODASI
 Ø  Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik – etnik lain tetapi mereka tetap pertahankan budaya dan nilai hidup masing – masing
.
 Ø  Dalam konteks negara Malaysia , masyarakat Melayu , Cina,  India, Sink dan lain – lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing – masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah A + B + C = A + B + C

AKULTURASI
 Ø  Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalaam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain . walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur – unsur budaya etnik yang menerimanya. Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan pakaian dan sebagainya.


 Ø  Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya ( Budaya pemberian ang pau ialah budaya orang Cina ) . Begitu juga budaya pemakaian tali leher ialah budaya orang Barat.

No comments:

Post a Comment