Seluruh dunia kini telah memasuki era moden dan pembangunan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Justeru itu, pembangunan adalah satu kemestian . Rentetan daripada penumpuan kepada sektor pembangunan, maka alam sekitar terpaksa dikorbankan. Demi pembangunan alam sekitar tetap menjadi mangsa kerakusan manusia. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini, pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.
Alam Sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Dalam sejarah manusia, pada peringkat awal alam ini masih lagi dalam keadaan seimbang dan keadaan semula jadinya masih lagi terpelihara. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan zaman di mana berkembangnya teknologi, perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang telah memberikan kesan kepada alam sekitar.
Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini. Walau bagaimanapun , sehingga kini, pembangunan telah menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.
Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besardan kini kita telah dapat merasai perubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang begitu berleluasa seperti tsunami, kemaurau, banjir besar gempa bumi, tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, dan sebagainya. Bencana alam ini telah berlaku di seluruh dunia.secara umumnya, kita dapat melihat bahawa lebih 40% daripada muka bumi ini yang diliputi oleh hutan telah dimusnahkan atau musnah oleh kegiatan manusia. Ada muka bumi yang terus tandus disebabkan oleh pemanasan global, ataupun paras air laut yang semakin meningkat ekoran berlakunya pencairan ais yang tidak terkawal.
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar.
Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia tetapi juga kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ini penkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya. Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaan demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar.
Negara kita sentiase berwaspada mengenai kesan aktiviti manusia terhadap kualiti alam sekitar yang mudah tercemar akibat pembangunan yang pesat, seperti kemerosotan kualiti udara,kualiti air sungai akibat pelepasan asap beracun, sisa pepejal, bahan dan sisa toksik yang berbahaya dan tumpahan minyak. Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran dan kualiti alam merosot . Tiga punca utama pencemaran udara iaitu kenderaan , stesen jana kuasa/ pembakaran bahan api kilang dan domestik. Stesen kaji cuaca merekodkan pencemaran yang disebabkan oleh punca-punca berkenaan semakin meningkat dan boleh menyebabkan alam sekitar berjerubu.
Prinsip pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan semua pihak malaysia menangani pelbagai masalah persekitaran. Dalam konteks ini, kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti berikut, iaitu :
1. Penjagaan terhadap alam sekitar.
2. Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar.
3. Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan.
4. Menitikberatkan persepaduan pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.
5. Iltizam dan akuantabiliti terhadap kualiti alam sekitar.
6. Menentukan kesesuaian dan keberkesanan menggunakan sumber-sumber asli. Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment