RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaaan , menetapkan sasaran perkembangan makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sector awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sector swasta.
a a) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Matlamat / Objektif
1. Memajukan sektor luar bandar bagi menambakan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
2. Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu ( khususnya timah dan getah ).
Pelaksanaan / kejayaan
penubuhan 2 agensi kerajaan :
1. Rural industrial Development Authority ( RIDA ) pada tahun 1953
2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA )
Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
b b) Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965 )
Matlamat / Objektif
1. Memperbaiki kemudahan asas dan insfastruktur luar bandar.
2. Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA.
3. Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar negara dikurangkan.
4. Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
Pelaksanaan / kejayaan
1. Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan.
2. Peruntukan pembangunan ditambah hamper dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama
3. Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara
4. Hasilnya , purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) meningkat kepada 6.4 % setahun.
c c) Rancangan Malaysia Pertama ( 1966 – 1970 )
Objektif/ Matlamat
1. Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia
( Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak )
( Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak )
2. Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia dan kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi
Pelaksanaan / Kejayaan
Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan :
1. MAJLIS AMANAH RAKYAT ( MARA ) 1966
2. BANK BUMIPUTRA 1966
3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ( MIDA ) 1967
4. Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS ) 1969
d d) Rancangan Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 )
Objektif / Matlamat
1. Mengatasi dan memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969
.
Pelaksanaan / Kejayaan
1. Pengenalan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan dan meyusun semula masyarakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
2. Menggalakkan pemilikan modal saham dalam sektor korporat oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30 % dalam tahun 1990.
3. Penubuhan Petroleum Nasional Berhad ( PETRONAS ) 1974.
e e) Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976 – 1980 )
Objektif / Matlamat
1. Merupakan peringkat kedua pelaksanaan DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar – bandar baharu.
2. Penekanan kepada isu alam sekitar dan keselamatan negara.
Pelaksanaan / Kejayaan
1. Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA , KETENGAH , DARA pada tahun 1980.
2. Badan – badan berkanun seperti MARA , FELDA , PERNAS , UDA dan RISDA meneruskan usaha – usaha pembangunan.
f f) Rancangan Malaysia Keempat ( 1981 – 1985 )
Objektif / Matlamat
Ø Dilancarkan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga bijih timah dan getah dunia.
1. Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar .
2. Sektor baharu diperkenalkan , iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
Pelaksanaan / Kejayaan
1. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HICOM )
2. Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang , Skudai , Bintulu , Menggatal dan Likas.
3. Membukan kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
4. Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri
( PIP )
Antara Rancangan Malaysia yang lain :
g g) Rancangan Malaysia Kelima ( 1986 – 1990 )
h h) Rancangan Malaysia Keenam ( 1991 - 1995 )
i i) Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996 – 2001 )
j j) Rancangan Malaysia Kelapan ( 2002 - 2006 )
k k) Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2007 – 2011 )
l) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 - sekarang )
l) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 - sekarang )
No comments:
Post a Comment