Tuesday, 7 October 2014

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Definisi Perlembagaan

  • Perlembagaan merupakan prinsip – prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasakan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang – undang , adat atau peraturan yang lazim dipakai.
  • Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan – keputusan awam dicapai dan kuasa diagih – agihkan antara institusi kerajaan , sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had – had kewibawaan kerajaan dan cara – cara pemilihan sert pelantikan pemerintahan.
  • Perlembagaan merupakan sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu , perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang – undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jamian dan perlindungan kepada rakyat.

Peranan Perlembagaan

1.        Mewujudkan pemerintahan yang adil

Ø  Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlhatkan peranannya untuk mewujudkan pemerintahan yang adil. Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu , agama Islam dan lain – lain lagi. Sebagai contoh ,  walaupun perlembagaan memperuntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan / rasmi negara ( dalam Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia

2.       Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.

Ø  Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada pemerintah , tetapi juga kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung  akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh semua pihak. Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan , terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA seta sultan/raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu , tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan

3.       Alat Penyelesaian Masalah

Ø  Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang – undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang – undang Persekutuan dan Negeri . Bahkan , sebarang masalah dalam pembutan undang – undang atau rujukan apa – apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan .

4.       Mengekalkan riwayat negara bangsa.

Ø  Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan , sistem pentadbiran dan perjalanan undang – undang negara dapat dilaksanakan.




5.       Menjaga kestabilan negara

Ø  Sesungguhnya perlembagaan telah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan – sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap wargenagara Malaysia walaupunn mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu . namun ,  kebebbasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara – perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka
( Bahagian 2, Perkara 10 )

.
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Peruntukan :

  • 1.       Parlimen : memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak yang lain. Dalam hal ini , perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaannegeri boleh lakukan.
  • 2.       Perlembagaan : menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang – undang mengenainya. Contoh , undang – undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan ,  pelajaran , hal ehwal luar negara dan sebagainya. Palimen hanya tertinggi dalam perkara – perkara persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang – undang di luar perkara persekutuan , undang – undang tersebuat adalah tidak sah. Undang – undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandaianya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Perkara 4 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.
  • 3.       Kedudukan YDPA : baginda sebagai Ketua Negara , lambang taat setia rakyat, lambang negara , Ketua Parlimen , Ketua Pemerintahan dan sebagainya. Tetapi , baginda tertakluk kepada halangan – halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
  • 4.       Kuasa Perundangan : Dijalankan oleh berbagai – bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan – sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.


Kebebasan asasi : merupakan element penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokkrasi berparlimen.

No comments:

Post a Comment